BURUNG layang-layang (Walit) berwarna hitam
sejenis burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Berdiam
di gua atau rumah dalam persekitaran yang lembap.
Hasil
daripada penternakan walit adalah sarangnya yang diperbuat daripada air liurnya
(saliva). Ia berguna untuk membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti
paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Burung
Walit lebih cenderung memilih suasana persekitaran suhu yang stabil antara 25 -
28 ºC, kelembapan 80 -90 % dan kegelapan ≤ 1 Lux.
Ciri-ciri
utama dalam menyediakan habitat kepada haiwan itu, adalah bumbung bangunan
hendaklah diperbuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.
Inkubator boleh dijadikan sebagai alternatif kepada habitat mereka.
Pembinaan
inkubator pula mestilah sama seperti habitat asal supaya ia memberi pulangan
yang tinggi kepada penternak.
Ketua
Penyelidik, yang juga pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Izhar
Ahmad berkata, inkubator adalah sebuah mesin yang direka bagi menggantikan
proses pengeraman oleh induk unggas serta mempunyai satu sistem kawalan bagi
mengawal suhu, kelembapan dan keadaan lain yang diperlukan.
"Sehubungan
dengan itu, PTSB menjalankan penyelidikan Inkubator Penetasan Burung Walit,
satu misi bagi membangun dan menggiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi
sekali gus merancakkan lagi industri ini," katanya.
Pengarah,
PTSB Mejar (K) Mohd Noor Shahudin menjelaskan, inovasi ini dijalankan oleh lima
penyelidik PTSB dan inkubator ini memudahkan pihak industri terlibat.
"Pihak
kami berjaya memperoleh geran penyelidikan (Jaringan Penyelidikan Swasta –
Awam) pada November lalu untuk membangunkan inovasi ini.
"Projek
di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini dibangunkan bersama, Mohd
Aswadi Muhamad, Hafiz Reza Haron, Sharuddin Hussin, Hanizam Ibrahim,"
katanya.
Tambahnya,
idea ini dicetuskan setelah mendapati kesukaran yang dihadapi oleh industri
kecil dan sederhana (IKS) untuk mendapatkan induk unggas melalui pengeraman
azali yang memakan masa, selain kualiti penetasan yang konsisten. Inkubator ini
akan diserahkan kepada syarikat Layang-Layang Maju Enterprise yang beroperasi
di Arau, Perlis dalam masa terdekat.
"Projek
ini ambil masa enam bulan, kami harap inovasi ini memudahkan industri penetasan
walit serta industri hiliran lain hasil daripada sarang burung walit,"
katanya.
1.Jalan penyelesaian :- cara saya.
Kita ternak sebanyak bolih anak-anak walet muda.- guna Inkubator khas.
Kita besarkan bersama suara yang kita doakankan bersama "Niat" -kasih sayang.
Kita beri ia makanan yang terpilih agar ia membesar dan suka pada layanan rumah RBL kita.
Kita adalah pelindong kepada mereka makhluk allah.
Hasilnya ....2.5 niatkan untuk pemberian zakat.
Insallah anda berjaya..
Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments