Burung walet biasanya
bersarang di penjuru rumah.
Nilai komersial burung walet memang diakui dan jumlah pengusaha
yang ramai menunjukkan industri tersebut mendatangkan keuntungan.
Pernah satu ketika, harga sarangnya mencecah antara RM3,000 dan
RM25,000 iaitu jenis sarang putih yang belum dibersihkan.
Meskipun sebelum ini ramai yang keliru dengan burung
layang-layang, tetapi terdapat perbezaan ketara jika dibuat perbandingan
manakala persamaannya pula ialah sarang kedua-duanya amat berharga.
Burung walet dikatakan mudah didapati di sekitar rantau Asia
Tenggara tetapi sebahagian besar kita hanya mengetahui ia tertumpu di Malaysia
dan Indonesia.
Jumlah pengusaha sarang burung walet tempatan ketika ini agak
tinggi iaitu kira-kira 70,000 yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan
Veterinar (JPV).
Sarang burung walet banyak ditemui di gua termasuk Gua Niah di
Sarawak.
Pembinaan sarang burung walet pula memerlukan pelaburan besar
seunit rumah kedai atau gedung kosong tiga tingkat berukuran 70 kaki X 20 kaki.
Berdasarkan kepada senario dan sifat-sifat burung, kos pelaburan
tersebut terlalu berisiko kerana jika gagal memilih lokasi yang sesuai, ia
memungkinkan rumah kekal kosong dalam jangka masa yang panjang tanpa dihuni
oleh burung walet.
Burung walet biasanya membuat sarang selepas tiga bulan memasuki
bangunan dan ia bergantung kepada keadaan gelap, kelembapan dan suhu di kawasan
tersebut.
Sarang burung ini dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada
kelenjar tepi kelenjar air liur.
Oleh itu cecair yang dihasilkan digunakan untuk membuat sarang
yang mungkin dianggap kotor, sebaliknya kajian menunjukkan sarang burung
tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi.
Sarang dapat disiapkan dalam tempoh 45 hari dan biasanya sarang burung
dibuat di kawasan sisipan rumah sesuai dikutip dalam dua keadaan iaitu waktu
sebelum bertelur atau selepas bertelur
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments