Standard
khas produk sarang burung walit dengan peratusan nitrat selamat
Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
CYBERJAYA:
Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) sedang membangunkan satu
standard khas pengeluaran produk sarang burung walit yang mempunyai peratusan
kandungan nitrat yang selamat untuk pengguna, serta kaedah ujiannya. Ketua
Pengarahnya, Datuk Fadilah Baharin, berkata pembangunan standard itu diperlukan
bagi memastikan produk sarang burung walit tempatan dapat menembusi pasaran
utamanya iaitu China. "Kajian yang terperinci sedang dibuat oleh Standards
Malaysia bersama-sama Kementerian Kesihatan, dan kami menjangkakan standard
baharu ini dapat diperkenalkan menjelang akhir tahun hadapan," katanya.
Menurut beliau, kandungan nitrat yang tinggi memberi risiko kepada penyakit
seperti kanser.
Malaysia sebelum ini berhadapan kesukaran apabila China menyekat eksport produk
sarang burung walit tempatan belum diproses yang dikatakan mempunyai kandungan
nitrat yang terlalu tinggi. Bagaimanapun sekatan tersebut tidak membabitkan
eksport sarang burung dalam bentuk siap untuk dimakan atau minuman dalam botol.
Katanya, buat masa ini hanya 50 peratus pengusaha burung walit mampu menembusi
pasaran China. "Menerusi pengenalan standard itu kelak, diharapkan kebolehpasaran
sarang burung walit tempatan dapat dipertingkat sehingga 90 peratus,"
katanya. Dalam pada itu katanya, pembangunan standard untuk produk sarang
burung walit telah dimulakan oleh Standards Malaysia sejak 2010 dan merupakan
pengenalan standard pertama seumpamanya di dunia. "Kita juga akan
memperkenal satu lagi standard baharu, iaitu MS 2612:2015 spesifikasi sarang
burung belum diproses (EBN) - sarang dalam bangunan - yang akan dilancarkan
oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin pada September
depan. Katanya, pembangunan standard tersebut yang telah dimulakan sejak tiga
tahun lepas dibuat bagi sarang burung walit belum diproses untuk pengesahan
ketulenan, kualiti, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. "Standard yang
mencapai piawaian antarabangsa itu pastinya akan membantu produk sarang burung
walit yang belum diproses dinilai dengan gred yang sistematik bagi memudahkan
pemasarannya di peringkat antarabangsa. Katanya, selain China, industri sarang
burung walit tempatan turut menyasarkan pasaran baharu dari Hong Kong, Jepun
dan Milan, Itali memandangkan terdapat permintaan yang memberangsangkan dari
negara-negara terbabit.
Hubungi Kami:011-14480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments