KOTA KINABALU 29 Sept. - Ke-langsungan pembangunan ekonomi negeri
tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan sebaliknya turut
dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat menerusi bidang niaga yang diceburi.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Datuk Seri Nasir
Sakaran berkata, bagi mereka yang berkhidmat dengan sektor kerajaan atau swasta
pula, secara langsung mereka merupakan kumpulan sumber manusia yang
bertanggungjawab menyokong produktiviti majikan. Demikian juga jelasnya, mereka
yang bekerja sendiri, turut mempunyai peranan melalui bidang perniagaan
masing-masing.
"Keadaan sumber mentah yang semakin berkurangan telah memberi kesan
kepada pertumbuhan lebih ramai usahawan berjaya. Sehubungan itu, sudah
sampai masanya bagi para usahawan lebih berinovasi menghasilkan produk
berasaskan sumber mentah yang semakin meruncing kini," katanya. Beliau
berkata demikian ketika merasmikan Majlis Inovasi Teknologi Industri Walit
dan pelancaran produk Sarang Burung Kinabalu di sini semalam.
Yang turut hadir, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri,
Datuk Sairin Karno; Penaung Kumpulan Walit negeri, Datuk Seri Jenar Lamdah dan
Pengasas Kinabalu Bird Nest (KBN), Zarina Zakaria.Nasir memberitahu,
seperti yang terkandung dalam Model Baharu Ekonomi (MBE) yang
bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, ini menuntut usahawan
digerakkan agar ekonomi negara sentiasa dinamik, sekali gus memperkukuhkan
produktiviti."Oleh itu, usaha yang bersepadu perlu diambil bagi menerapkan nilai
dan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat.
"Tetapi cabaran itu menjadi semakin hebat dengan keadaan ekonomi
global yang tidak stabil ketika ini. Kita bukan sahaja perlu menumpukan
kepada inisiatif untuk melahirkan usahawan semata-mata tetapi perlu juga
memberi perhatian kepada usaha-usaha membentuk usahawan yang berkualiti,"
tambahnya.
Mengambil contoh usaha yang dilakukan syarikat KBN, katanya, kemampuan
syarikat itu mengatasi cabaran membuktikan bidang perniagaan yang kurang
diceburi telah menarik ramai usahawan berjaya.
"Kejayaan itu mampu diperhebat dengan penekanan aspek inovasi dalam
setiap produk keluaran syarikat untuk terus menembusi pasaran dalam dan luar
negara,"
Comments