SARANG BURUNG
BELUM DIBERSIHKAN MASUK PASARAN CHINA TAHUN DEPAN 2016
XIAMEN (China), 7 Sept (Bernama) --
Pengusaha sarang burung walit
Malaysia dijangka
boleh mengeksport sarang buruh segar belum dibersihkan ke China tahun depan,
kata Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia Datuk Lee
Kong Heng.
Beliau
berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Malaysia sedang
merangka perjanjian mengenainya bersama pihak berkuasa berkaitan di China."Jika
semuanya berjalan lancar, kami berharap sarang burung segar dan belum diproses
boleh dieksport ke China tahun depan," kata Lee kepada wartawan Malaysia
di sini selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek Cubilose
Capital Investment China dan mesyuarat pertama Southeast International Cubilose
Industrial Alliance di sini pada Ahad.
China
menarik balik larangan ke atas eksport sarang burung mentah bersih ke negara
itu pada 2013, namun hanya lapan (8) syarikat dibenarkan mengeksport sarang burung
mentah bersih ke China.
Difahamkan
pihak berkuasa China pada asasnya membenarkan sarang burung segar yang belum
dibersihkan dieksport ke China, tertakluk kepada protokol yang dipersetujui
oleh Malaysia dan China.
Sementara
itu, Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia menandatangani
perjanjian projek Cubilose Capital Investment dengan tiga syarikat China - Lead
Evergreen (Beijing) Investment Co.Ltd, Xiamen Haicang Investment Group Co. Ltd
dan Xiamen Evernest Chain Operation Co. Ltd, membabitkan projek pelaburan
sarang burung di sini.
Majlis
itu disaksikan Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting.
Turut hadir Menteri Penasihat Ekonomi di Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong
Yi. Projek itu yang meliputi kawasan seluas 38,000 meter persegi terletak di.daerah
Haicang Perbandaran Xiamen. Ia melibatkan pelaburan 10.8 bilion yuan. Projek
sarang burung itu dijangka menjana nilai pengeluaran 10 bilion yuan apabila
siap pada 2016.
Pelaksanaan
projek pelaburan itu bertujuan mentransformasikan Xiamen sebagai. bandar sarang
burung.
--BERNAMA
NSW
NSW LAT
09/07/2014
19-12ST
Mari kita kenali Bandar Xiamen- China
PETA NEGARA CHINA . KEDUDUKAN WILAYA XIAMEN HADAPAN PULAU TAIWAN |
KEPADATAN PENDUDUK 3 JUTA ORANG /SEBUAH BANDAR MAJU. D CHINA. |
GAMBAR BANDAR XIAMEN |
D MANA KAH PELUANG KITA SEBAGAI USAHAWAN BURUNG WALET BUMIPUTERA ?...
PERLUKAH KITA BERGABUNG ?....BAGAIMANA ?... BERAPA HARGA SARANG BURUNG MENTAH D SANA ?... BAGAIMAN NK DAPATKAN LESEN EXPORT SARANG KESANA ?..APA YANG BOLIH AGENSI KERAJAAN (moa) BANTU KITA ? ...SIAPA NK JUAL D SANA ?....
ee....JIKA ANDA BERMINAT BERGABUNG SERTAI KOP...Insaalah . pikirlah untuk mendapat pasaran yg berterusan (kekal) demi masa depan dan generasi kita.
sama-sama kita memeriahkan hasil sarang burung kita sebolihnya thn 2015 keatas.. jangan nanti bila sarang burung (walet) kembali memcecah sekilo rm10,000 sekilo baru kita nampak mulakan .sertai industri ini . Pikir-pikir lah tidak semudah untuk senang dlm jangka masa yg singkat. sama -sama berdoa dlm kerjayaan dan diberkati Allah .
Hubungi Kami: 012-4370347/ 01114480600 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments