BERNAMA › BERITA
Malaysia, China Akan Tubuh Makmal Sarang
Burung Menjelang Oktober
Oleh Niam Seet Wei
NANNING (China), 15 Sept
(Bernama) -- Malaysia dan China dijangka menubuhkan makmal secara bersama bagi memproses
sarang burung mentah dan tidak bersih di Taman Perindustrian Qinzhou di sini
menjelang akhir Oktober ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Lee Chee Leong.
Menurutnya, makmal itu akan menjadi makmal nasional pertama yang diiktiraf
kerajaan pusat China.
Lee berkata demikian kepada pemberita Malaysia selepas menyaksikan majlis
menandatangani memorandum persefahaman untuk mewujudkan hubungan pelabuhan berkembar di antara
kedua-dua negara, di sini hari ini.
Kini hanya lapan (8) syarikat sarang burung Malaysia dibenarkan mengeksport sarang
burung mentah bersih ke China, manakala 15 lagi syarikat masih dalam senarai
menunggu untuk diluluskan oleh Pentadbiran Am Bagi Penyeliaan Kualiti,
Pemeriksaan dan Kuarantin China.
Pihak berkuasa China telah mengharamkan import sarang burung dari Malaysia pada
Julai 2011 selepas mendapati kualiti sarang burung import berkenaan tidak
mematuhi paras kandungan nitrit yang dibenarkan. Sebelum ini, Lee menemui rakan sejawatnya, Naib Pengerusi Wilayah AutonomiGuangxi Zhuang, Zhang Xiaoqin.
Lee dijadual melancarkan Pavilion Malaysia dan Bandaraya Menawan bagi mempromosi Langkawi di Expo
China-Asean Ke-11 di sini, hari ini di mana 126 syarikat Malaysia serta 11
agensi kerajaan diketuai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(Matrade) mengambil bahagian.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud, Ketua Pegawai
Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Jebasingam Issace John,
Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Ahmad Khairuddin dan
Menteri Kaunselor Untuk Ekonomi di Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong Yi
turut hadir.
-- BERNAMA
Kita Bumiputera Usahawan Sarang Burung Walet D Mana ?..sekarang.. keluhan kaum bumiputera malaysia...
Comments