SATU USAHA YG MENJADI PEMANGKIN UNTUK KITA BERGABUNG BERSAMA |
Hamim Samuri (kanan)
bersama Nik Ali Mat Yunus (tengah ) dan Abdul Ghafar Musa merasmikan Konvensyen
Koperasi Usahawan Groom Big 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI) bersedia untuk membantu Koperasi Usahawan Groom Big
meningkatkan aktiviti perniagaan runcit mereka dengan cadangan membuka sebuah
hypermarket.
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir Hamim Samuri berkata,
melalui pembukaan hypermarket, produk-produk keluaran usahawan dalam program
itu akan lebih mudah dipasarkan dengan lebih baik.
"Secara
tidak langsung cadangan ini dilihat bakal memberikan laluan dan keuntungan
kepada ratusan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah bimbingan
MITI yang telah mengikuti program Groom Big.
"Ia
selaras dengan matlamat program itu iaitu untuk meningkatkan kedudukan usahawan
dari peringkat mikro sehingga ke peringkat tinggi dan seterusnya melahirkan
usahawan berdaya saing di pasaran domestik dan global," katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Koperasi
Usahawan Groom Big 2013 di sini hari ini.
Yang
turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Keusahawanan MITI, Datuk Abdul
Ghafar Musa dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk
Nik Ali Mat Yunus.
Konvensyen
Koperasi Usahawan Groom Big merupakan program anjuran MITI dengan SKM untuk
terus memastikan kelangsungan pembangunan usahawan PKS.
Konvensyen
yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu mendapat penyertaan
kira-kira 200 usahawan dari seluruh negeri.Dalam
pada itu, Hamim berkata, sehingga kini sebanyak sembilan Koperasi Groom Big telah
ditubuhkan di Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan,
Selangor dan wilayah utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis).
"Penubuhan
koperasi Groom Big ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada SIRIM Berhad
dan SKM. Ia meliputi bimbingan dalam proses penyediaan pelan perniagaan serta
kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan perniagaan.
"Hari
ini kita turut menyaksikan satu bentuk kerjasama antara Koperasi Usahawan Groom
Big dan Koperasi Jaringan Sepadu Malaysia (KOJARIS) dalam membolehkan
perkongsian pengalaman dan kemahiran kepada koperasi terlibat.Kerjasama
antara koperasi itu boleh dipraktikkan dalam kalangan koperasi sedia ada bagi
meminimumkan kos pengeluaran produk secara skala besar dan memastikan bekalan
mencukupi dalam menampung permintaan pasaran.
lAWATAN KE CHINA .BOOM BIG PAHANG. |
KITA BERCADANG MENMASARKAN SARANG BURUNG KITA BERSAMA KOP.BOOOM BIZ KERJASAMA DGN KOP, USAHAWAN BURUNG LAYANG-LAYANG KEDAH BHD . KEBEBERAPA PASARAYA DI CHINA ...GUANGZHOU./SHANGHAI/SHANZEN & HONG KONG - TAHUN 2014...DGN HARAPAN MITI DAPAT MENGELUARKAN PERMIT EXPORT PD KE2 KOPERASI....OOOOOO SATU LANGAH BAIK DENGAN ANAK ANGKAT MITI ..PAKDIN ADA DALAM KONVENSYEN BARU-BARU INI DAN TURUT MEMBACA DOA PELANCARAN ...SYABAS BOOOOO BIG..
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments