Usaha gigih dua beranak ini menerokai produk sarang burung walet
berbaloi kerana jus kecergasan menggabungkan madu lebah kelulut dan air zamzam
itu kini mendapat sambutan baik di pasaran.
Ketua
Pegawai Eksekutif G Ha Collocalia Sdn Bhd, Mahani Husin, berkata jus Collocalya
itu dihasilkan bersama anak perempuannya, Asmahan Humaidi.
Beliau
berkata, sarang burung walet mengandungi khasiat yang baik kepada sistem imun
tubuh, menambah tenaga, melancarkan perjalanan darah dan membaik pulih sistem
pernafasan.
“Sarang burung walet mempunyai kolagen untuk awet muda, melancarkan fungsi
paru-paru, membantu tumbesaran tubuh dan tulang, agen antioksida, memutih dan
melicinkan muka.
“Madu lebah kelulut baik untuk kesihatan tubuh dan nilai
khasiatnya 10 kali ganda berbanding lebah biasa. Ia juga meningkatkan
metabolisme tubuh, menambah tenaga batin dan merawati pelbagai penyakit dan
kecederaan dalaman.
“Air
zamzam memang air mineral terbaik di muka bumi untuk menyembuhkan pelbagai
penyakit,” katanya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: ‘Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah
air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala
penyakit’.
Jus kecergasan Collocalya melalui proses pengilangan yang ketat dengan
menerapkan syariat Islam, antaranya solat hajat pada Isnin dan Khamis sebelum
bancuhan sarang burung walet dilakukan di kilang.
Beliau yang pernah mengikuti kursus setahun anjuran MARA pada 2011 mengakui
gabungan sarang burung walet, madu dan air zamzam menjadi Collocalya produk
minuman kecergasan terbaik.
Jus Collocalya menggunakan 70 peratus sarang burung walet dan
bakinya madu lebah kelulut dan air zamzam.
Katanya, ilham menghasilkan jus sarang burung walet itu bagi membekalkan tenaga
dalaman kepada pengguna.
“Kami mengamalkan meminum jus burung walet sejak turun-temurun. Kemalapan
industri sarang burung walet yang diusahakan keluarga menyebabkan kami tiada
pilihan lain, selain menggunakan sendiri sarang itu.
“Tidak sangka tabiat meminum air sarang burung walet dua kali sehari menjadikan
kami sihat dan bertenaga,” katanya yang berasal dari Pulai Chondong, Kelantan.
Sejak mengeluarkan produk itu, beliau menerima banyak maklum balas positif
orang ramai.
“Ada pelanggan menghubungi kami memberitahu sejak mengamalkan minuman jus
Collocalya, kesihatan mereka lebih baik dan penyakit dihadapi sembuh.
“Saya amat gembira kerana usaha membantu orang ramai mendapat kesihatan yang
baik diberkati Allah,” katanya.
Mahani yang senang dipanggil Kak Ani berkata, jus Collocalya menggunakan sarang
burung walet pantai gred A.
“Dalam sebulan, 12 kilogram sarang burung walet dikeluarkan dari perumah burung.
“Collocalya dikeluarkan syarikat bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Halal
Park, Pengkalan Chepa, Kelantan,” katanya.
Terdapat dua perisa jus minuman Collocalya iaitu perisa ‘vanilla’ dan
‘cappucino’ pada harga RM195 bagi
kandungan 400 mililiter (ml).
“Harganya amat berpatutan dengan nilai kesihatan serta ketulenan sarang burung
walet dalam setiap botol.
“Cuba dan rasa sendiri khasiatnya malah kajian mendapati jus ini sebagai agen
anti penuaan dan memutihkan kulit,” katanya.
Selain pasaran tempatan, produk itu menembusi negara Vietnam, Singapura,
Thailand dan Brunei, kini mengintai peluang di Korea, Jepun dan Timur Tengah.
“Terbaru, kami dijemput ke ekspo di
Korea Selatan pada 27 hingga 31 Mei ini dan menyertai rombongan perdagangan
MARA ke Jepun, bulan depan.
“Kami mensasarkan jualan 10,000 botol tahun ini dan masih memerlukan ramai
pengedar di seluruh negara,” katanya.
Beliau memberi penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank),
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan MARA yang banyak
membantu syarikat itu.
Hubungi talian Khidmat Pelanggan (Careline) Kuala Lumpur: 03-7887 9616, 012-333
1642, 012- 672 2074, 012-9135476, 019-313 7388, 012-3480856 atau layari
www.facebook.com/collocalya.gbe untuk maklumat lanjut.
Orang ramai yang mahu mendapatkan jus Collocalya boleh mengunjungi Ekspo
Keusahawanan MARA di kompleks beli- belah AEON, Bukit Raja, Kelang bermula hari
ini hingga 2 Jun.
Tahukah anda ?....Dengan menghasilkan produk ini sekilo sarang burung bersih berharga hampir RM30,000.00 .
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments