Sedih Dan Pilu Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ini . Hari Ini 30/08/2012 – Bapak
Menteri Pertanian Kita bermesyuarat Dengan
8 Persatuan Sarang Burung Walet Di
Puterajaya .Jam 10.00 pagi ini …..Apa Kata Kesudahannya ?..?..?...D Mana Kita ?..Emmm…Berita Kami Terima Belum Jelas…?....Bagaimana Anak
Bangsa Bumiputera/Usahawan Terpinggir?... Apakah Kita Perlu Ada Pembelaan Dari
Sesiapa Selain Dari Mereka ...?.... Kesihan . Pikir-pikirkan lah nasib kita anak bumi yang sedang menaikkan nama mencari rezeki berbelanja
ribuan ringgit .Ikutilah Ulasan Kata2 hikmat Bapak Menteri kita pada
25/08/2012.. dibawah..
ARKIB : 26/08/2012
Kekalkan lapan persatuan pengusaha sarang burung walet.
TANJONG KARANG 25 Ogos - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
meminta para pengusaha sarang burung walet di negara ini agar tidak
menubuhkan terlalu banyak persatuan untuk mewakili mereka bagi
memudahkan kerajaan memberi tumpuan dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi golongan itu.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, setakat ini terdapat lapan
persatuan pengusaha industri tersebut yang mana mereka telah
mengemukakan masalah kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina
Malaysia (ACCIM) termasuk menyerahkan memorandum kepada pihak
kementerian sebelum ini.
Jelas Noh, pihaknya berharap para pengusaha sarang burung walet
supaya mengekalkan lapan persatuan tersebut dan tidak menubuhkan
mana-mana yang baru supaya sebarang pandangan atau permasalahan mereka
dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi mengembangkan lagi industri
tersebut di negara ini.
"Sebelum ini kerajaan pernah mengadakan perbincangan dengan para
pengusaha sarang burung walet, namun hanya ada dua hingga tiga wakil
sahaja yang datang. Terlalu banyak persatuan yang mewakili pengusaha
industri ini.
"Justeru, kita harap tidak ada lagi persatuan baru yang mewakili
pengusaha sarang burung walet ditubuhkan. Oleh itu, kita mahu lapan
persatuan yang mengadakan perbincangan dengan ACCIM sebelum ini kekal
dan mewakili seluruh pengusaha industri berkenaan.
"Pada masa yang sama, kementerian akan mengadakan pertemuan dengan
lapan persatuan tersebut pada 30 Ogos ini bagi mendengar pendapat serta
permasalahan mereka, saya sendiri akan mempengerusikannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri peringkat Parlimen Tanjong Karang yang dihadiri lebih 15,000
orang, terdiri daripada pelbagai kaum di sini hari ini.
Mengenai pertemuan tersebut, Noh berkata, ia akan diadakan di
kementerian pukul 10 pagi dan pihaknya akan meneliti setiap tuntutan
lapan persatuan berkenaan membabitkan penggunaan Pengenalan Frekuensi
Radio (RFID), pengeksportan sarang burung walet belum proses serta
kandungan protokol perdagangan melibatkan produk tersebut.
"Selain itu, para pengusaha tahu bahawa masalah sarang burung walet
ini timbul di negara China kerana produk tersebut tidak lagi dapat
dieksport ke negara berkenaan. Akhirnya, industri sarang burung walet
ini jatuh, dahulu sekilogram nilainya RM6,000, sekarang RM2,000.
"Maka sebab itu kita mahu selesaikan perkara ini kerana industri
sarang burung walet merupakan industri berimpak tinggi negara. Kalau
tidak selesaikan, kemungkinan industri ini untuk dipulihkan adalah
sukar, apatah lagi dengan persaingan daripada negara jiran seperti
Indonesia," ujarnya yang turut menjemput ACCIM sebagai pemerhati pada
pertemuan itu nanti.
Apakata kita tubuhkan Gabungan Koperasi Bumiputera yang telah berdaftar atas industri ini ?...macam mana ?..Orang Terengganu ?..Kelantan ?..Pahang ?. (Difahamkan telah Wujud Koperasi Berasaskan Sarang Burung- Info.SKM) Kedah, Perlis , Perak, Selangor, Melaka, Johor & N 9. Banyak ahli telah didaftarkan dengan Pakdin. dan ajk dari negeri.-negeri ini. So... Kita Kemukakan Memorendum Pada PM / TPM dan Menteri-Menteri Besar Negeri masing-masing. Siapa Akan Membela Dan Membantu Kita ?... Berkat doa dan usaha kita Insha Allah kita berjaya.
Comments