Di Sepanjang Perjalanan dari Jerantut Ke Maran, Mengikuti Jalan Lama. Yang Penuh Dengan Laluan Banjir...
Bermula dengan jalan bengkang-bengkok...dan sunyi dari laluan orang ramai Pak Din dan isteri telah memulakan perjalanan kononya jalan pintas ke Maran dengan harapan ianya lebih cepat dari jalan Jerantut ke Temerloh yang banyak berpatah balik menghala ke Kuala Lumpur..
Jalannya sunyi dan cuma terdapat beberapa biji rumah sahaja dipermulaan jalannya. Pak Din dengan perasaan was-was meneruskan perjalanan. Dengarnya musim hujan ini banyak jalan dinaiki banjir.. Berbekalkan sedikit pengetahuan dari orang ramai di jalanan..kami meneruskan perjalanan..
WOW...entah berapa kali kawasan banjir yang terpaksa diredah... confident kerana kereta chevrolet yang Pak Din pandu agak tinggi dari kereta proton biasa yang banyak melalui kawasan ini tersadai dijalan kerana takut tersangkut...
Didalam hati Tuhan saja yang tahu...Masih boleh dipakaikah jalan ini??? Batu tanda masih menunjukkan beberapa kilometer dijalan untuk ke Maran...ermmm masih lagi berjalan kehadapan.. walau kelihatannya air hampir ke tepi jalan di sepanjang perjalanan... Risau juga bila jalan semakin kecil seperti tak dilalui sejak sekian lama...
ADUH.... HARI SEMAKIN GELAP... nak patah balik sudah jauh perjalanan.. APA NAK BUAT?? Pak Din bertanya isteri...tetapi beliau seakan yakin..inilah jalannya... kami meneruskan perjalanan...sambil agak nekad untuk kehadapan...
Di jalanan terdapat beberapa buah RBL milik kaum Cina.. besar-besar dan tersergam indah...tiada yang dimiliki oleh kaum sebangsa kita...ermmm kawasan menarik sekali untuk burung layang-layang mencari makanan..
Sudah pun beroperasi tetapi semasa perjalanan Pak Din yang penuh "pancaroba" di sini...kelihatanya seperti tiada burung yang kelihatan berlegar di sini.. walau pun sudah petang hari |
Hubungi Kami: 0.134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA.
Comments