Di tepi jalan, terlantar kesakitan, tiada yang membantu..menunggu saat kematian, sambil memikirkan anak-anak di sarang juga akan mati kelaparan dan kehausan..LAGI MERANALAH BADAN KAN?? |
Hancur lebur hati pasangan sehidup semati burung layang-layang ini melihatkan "isteri/suami" yang kesakitan...kalau manuisa boleh juga mencari yang lainkan?? |
Satu kemalangan yang mengerikan berlaku di kilometer 24 Gurun ke Sg.Petani. di antara sebuah Treller dengan sekumpulan burung layang-layang. Pakdin cepat memberhentikan kereta untuk membantu menyelamat salah sekor tetapi malangnya tiba2 datang pula sebuah kereta dilanggarya mangsa kemalangan tersebut yg sedang sakit. Kesihan 00...000.. Tak sempat Pak Din nak cuba selamatkan mangsa yang mulanya berlanggar dengan treller tadi..
Begitulah kejadian alam..bukan setakat burung yang tidak dipedulikan apabila dilanggar tetapi manusia juga demikian. Jika penunggang motosikal umpamanya dilanggar sesuatu..terjatuh di tengah jalan akan datang pula kereta yang lain..dilanggarnya pula si mangsa.. Jadi yang "kecil" kenalah behati-hati kerana tiada belas kesihan di jalanraya..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..
Comments