Mereka sekeluarga amat bersyukur kepada Yang Maha Esa..akan anugerah yang tak disangka pada Aidil Fitri yang baru lepas.. Disaksikan oleh seluruh keluarga.. dengan bangga dan berbesar hati... ditunjukkan gambar najis burung ini kepada semua...
Gambar-gambar dikirim untuk tatapan semua... diperbesarkan untuk tatapan.. ermmm bagaikan seperti najis burung yang lebih besar...(lain spesies).
Kelakar juga kan?? tompokan najis yang kebiasaannya mendatangkan perasaan marah apabila ditemui di dalam rumah... kini dipanjatkan kesyukuran kerana ianya bagaikan satu rahmat...
Pak Din melawat RBL tersebut 3 hari sebelum aidil Fitri bagi menyudahkan sediit kerja-kerja pemasangan papan pembiakan dan humidifier.. pada masa tersebut emak pemilik menyatakan beberapa ekor burung dewasa telah masuk disebelah petang dan tak keluar-keluar.. (mungkin dah tidur di situ katanya). Jika benar Alhamdullilah lah..Syukur Pak Din dan juga pemiliknya..
Comments