
Pekan Kuala Krai dulunya kelihatan murung dan tak bermaya.. menjadi pekan perantara antara Kota Bahru dengan pekan Gua Musang. Gua Musang yang dulunya hanya sebuah pekan "KOBOI" yang merah dengan debu akibat balak lebih "popular" dari pekan Kuala Krai.
Beberapa tahun dulu Kuala Krai hanyalah sebuah pekan kecil yang malap tanpa apa-apa pembangunan. Sebuah zoo yang hidup segan mati tak mahu menghiasi pekannya.. dan Binatangnya kelihatan sedih macam tak cukup makan dengan rusa dan gajahnya kurus kering...
Mulanya dulu kedai-kedai lama menghiasi pekannya, dengan 1-2 traffic lightnya. Satu ketika harga bangunannya juga amat murah bagaikan tak laku...
Dalam awal tahun 2000'an dulu kedai-kedainya mula berwajah baru..sebahagiannya di cat baru dengan warna-warna menarik...tetapi bangunannya kelihatan tertutup bagaikan bangunan berhantu...
Tingkap-tingkap bahagian atas

burung dan bermacam-macam kagi..


KIni perubahan bangunan kedai di sini makin kelihatan perubahannya. Bangunan-bangunan kecil mula kelihatan tumbuh di atas bangunan lama sedia ada.. dengan pelbagai bentuk.. Harga bangunan di sini mula meningkat nilainya dari puluhan ribu kepada ratusan ribu dan tanah-tanah juga meningkat hingga jutaan ringgit nilainya..


Kini penduduk di sini sudah tak mampu membeli tanah di sini. Harga jutaan ringgit membuatkan setengahnya menjualkan tanah yang ada untuk kaya cepat.. Bangunan-bangunan besar dan cantik mula menghiasi pekan kecil ini.. Pelbagai bentuk menarik mula tumbuh di sekitar pekan kecil bagaikan supermarket...


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI

Comments