Kenal pasti produk halal ke China
KUALA TERENGGANU 17 Jun - Kerajaan
setakat ini telah mengenal pasti beberapa jenis produk halal yang akan
dipasarkan di beberapa wilayah di China bagi memenuhi permintaan pengimport
negara itu, termasuk membawa masuk 1,000 jenis produk dari Malaysia.
Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad
Zakaria Sidek berkata, untuk peringkat awal, produk seperti teh serai, coklat
dan biskut dikenal pasti berpotensi untuk menembusi pasaran di negara
berkenaan.
Pada masa sama, kata beliau, pihaknya
juga sedang berusaha keras untuk mengenal pasti jenis-jenis produk lain bagi
tujuan serupa termasuk membimbing usahawan-usahawan menerusi seminar dan
sebagainya bagi memenuhi permintaan itu.
Beliau turut mengakui mengenai
kerisauan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari segi kemampuan
memenuhi permintaan setinggi itu daripada negara tersebut.
"Kita sedang berusaha keras untuk
bimbing usahawan-usahawan kita, kalau satu usahawan tak mampu penuhi kehendak
itu (pengimport China), kita akan kumpul beberapa usahawan dan mereka kena ada
kesepakatan dan standard yang diperlukan," katanya.
Ahmad Zakaria menyatakan perkara itu
kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Usahawan Industri Asas Tani
2014 dekat sini hari ini. Seminar itu dirasmikan oleh beliau bagi mewakili Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Yang turut hadir, Pengarah Bahagian
Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wan Darman Wan Abdullah
dan Pengarah Bahagian Bio-Sekuriti Jabatan Pertanian, Faridah Aini Muhamad.
Menurutnya, usaha untuk memenuhi
permintaan pasaran di China bukan perkara remeh sebaliknya perlu diperhalusi
selain persediaan rapi demi peluang perniagaan jangka panjang.
"Kita bukan sekadar hantar
(produk) sekali saja dan lepas itu diam, kalau kita nak mula hantar, kena
pastikannya berterusan dan itu merupakan cabaran kita," katanya.
Tambahnya, seperkara lebih penting
adalah dari segi kewibawaan Malaysia yang meletakkan produk halal untuk
dipasarkan ke China dan reputasi negara dalam aspek itu perlu dijaga dengan
sebaiknya.
Pakdin serankan diujudkan gabungan usahawan diseluruh negara.dimana diujudkan satu badan pengurusan yang cekap untuk mengendalikan permintaan pengimport dari china...bersama diujudkan tabung bantuan bagi sokongan modal teroka kepada usahawan moga produk dapat dikeluarkan dan memenuhi permintaan .
Disenaraikan beberapa produk yg mendapat pasaran diChina ....
yang berpontasi.. diperlukan dan mendapat sambutan menggalakan ...
Pakdin nk introduce ...
Moga apa yg diimpikan berjaya .
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments