Apapun pasti akan ada kesannya pada kita sebagai usahawan rumah burung walet ..sekurangnya 30% export sarang burung mungkin terjeas ke China yang merupakan pengexport 80% sarang burung dunia. Kenapa ?..minda /pengguna yang masih kurang paham apa itu selsema burung ?....pasti yg kata mungkin sarang pun terlibat .NOooo... tak caya ?..orang tempatan.. Malaysia. sebad ada yang ber? pakdin semalam .
Info selsema burung ?....maknanya ayam..diketegorikan sebagai spisis burung juga.
Virus
baru selesema burung dikesan di dua lagi pasar
Shanghai: Virus baru selesema burung yang mengorbankan enam orang ditemui di lebih banyak kawasan di pusat kewangan China selepas pihak berkuasa melupuskan lebih 20,000 ayam di sebuah pasar besar jualan ternakan di sini.
Sampel mengandungi virus H7N9 ditemui di dua pasar menjual produk pertanian di daerah Minhang di Shanghai, kota yang mempunyai 23 juta penduduk, lapor agensi berita Xinhua.
Shanghai: Virus baru selesema burung yang mengorbankan enam orang ditemui di lebih banyak kawasan di pusat kewangan China selepas pihak berkuasa melupuskan lebih 20,000 ayam di sebuah pasar besar jualan ternakan di sini.
Sampel mengandungi virus H7N9 ditemui di dua pasar menjual produk pertanian di daerah Minhang di Shanghai, kota yang mempunyai 23 juta penduduk, lapor agensi berita Xinhua.
Pasar itu terletak dekat pasar menjual ternakan hidup Huhuai,
tempat merpati dijangkiti virus itu dikesan awal minggu ini sebelum ia
dilupuskan.
Shanghai:
China meningkatkan usaha mencegah wabak selesema burung yang membawa
maut di Shanghai semalam dengan membasmi kuman di sekolah dan menutup
perniagaan burung ketika media tempatan mengkritik penternakan yang membantu
menyebarkan penyakit itu.
China mengesahkan 19 kes virus H7N9, setakat ini menutup kawasan pantai timur
sejak pengumuman seminggu lalu bahawa virus terbabit ditemui dalam manusia buat
pertama kali. Setakat ini enam kematian dicatatkan.
Pihak berkuasa di Shanghai menggesa perlindungan kesihatan dan
keselamatan pelajar manakala televisyen tempatan menunjukkan pekerja membasmi
kuman di bilik darjah sebagai persediaan untuk pelajarnya kembali bersekolah
selepas sehari bercuti.
Shanghai
yang melaporkan dua kes terbaru kelmarin menjadikan keseluruhan kes di
bandaraya itu adalah lapan dengan empat kematian, melarang jualan burung hidup
dan menutup pasar dalam usaha menghalang penyebaran penyakit.
Kerajaan Shanghai dalam satu kenyataan di halaman webnya semalam berkata ia
menyekat hampir dua juta pembelaan
merpati dan melarang semua jenis pertandingan. Membela merpati dan pertandingan
suara burung adalah hobi popular di China. - AFP
PUTRAJAYA: Malaysia bebas daripada jangkitan selesema burung (H7N9)
berikutan tiada tanda-tanda jangkitan wabak itu pada ternakan unggas di negara
ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Sehubungan itu, katanya negara masih berstatus
bebas 'highly pathogenic avian influenza (HPAI)' sejak 2 Sept 2007.
Saya nak beri jaminan bahawa setakat kajian yang
dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jangkitan H7N9 tidak ada di
Malaysia. Kita masih bebas daripada semua jenis jangkitan influenza ini,"
katanya.
Noh bercakap kepada pemberita selepas menerima
kunjungan pihak berkuasa China yang melakukan lawatan dan pemeriksaan terhadap
premis pemprosesan sarang burung walit tempatan, di kementeriannya di sini,
hari ini. (kenyataan berbau politik - musim PRU13.adakah benar ?...sama-sama kita siasat dan pikirkan.jangan cepat ambil sebarang kenyataan tanpa usul periksan )
Katanya, susulan laporan kes kematian akibat
jangkitan H7N9 di Shanghai, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang di China, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pihak
berkuasa China untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai wabak penyakit
itu.
Noh berkata, Malaysia mengimport keratan
daging ayam sejumlah 4,806 tan metrik dari utara China dan orang ramai tidak
perlu bimbang kerana negara tidak mengimport keratan daging ayam dari kawasan
lain di negara itu.
"Kita import dari kawasan utara China dan
ayam kita import ini adalah ayam beku, tak boleh bawa penyakit ini,"
katanya.
Jelasnya, tiada virus HPAI termasuk H7N9
dikesan berdasarkan 1,043 sampel yang telah diuji dan kesemuanya didapati
negatif sejak Januari 2013 hingga kini.
Beliau juga berkata, ayam dan produk ayam yang
dibawa masuk ke Malaysia melalui prosedur pemeriksaan di loji atau rumah
sembelih yang diiktiraf kerajaan dengan penyelarasan jabatan berkenaan bagi
semua permohonan mengimport produk.
Hubungi Kami: 012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com.
Comments