
Jangan mudah terpedaya dengan cerita-cerita yang hebat yang banyak diwar-warkan oleh para konsultant yang terdapat dipasaran yang tumbuh bak cendawan. Setiap orang mengaku dialah konsultant yang terbaik!!
Cubalah cari pengetahuan dahulu mengenai industri ini supaya anda tidak terpedaya!. Terdapat pelbagai informasi di dalam internet dan
dalam media massa yang kerap kali disiarkan. Bacalah tentang keperluan burung itu sendiri. Rumah yang dikehendakinya, keadaan dalamannya dan sekitarnya.

Janganlah anda terjerat dengan janji-janji yang memberikan pulangan yang lumayan. Industri ini bukan boleh dikecapi hasilnya dalam sebulan dua ATAU SETAHUN DUA... Tetapi secara jangka-panjangnya ia amat lumayan..itu tidak dinafikan. Tetapi itu pun jika kita diberikan rezeki oleh Yang Maha Kuasa.. Jika tidak tunggulah kita..tanpa hasil bertahun-tahun lamanya..
Melalui pengalaman kami, rumah-rumah yang dibina di kawasan lapang seperti sawah padi dan lain-lain kawasan pertanian menjanjikan hasil yang lebih cepat daripada tempat-tempat

lain.... AKAN LEBIH CEPAT LAGI JIKA ANADA MERUPAKAN PIONEER DI TEMPAT ANDA...
Rumah yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang tinggi akan membuatkan burung-burung ini takut untuk memasukkinya. Kemungkinan besar ia disebabkan faktor pemangsa seperti burung hantu, gagak, helang atau sebagainya yang akan hinggap diatas pokok di sekitar rumah tersebut.
Comments